26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Dua beranak di AS ditikam lelaki benci Islam

Mesti Baca

SEORANG lelaki berasal dari Illinois, Amerika Syarikat (AS) dituduh melakukan jenayah kebencian selepas menikam kanak-kanak Muslim berusia enam tahun hingga maut dan mencederakan ibunya.

Dia didakwa menyerang dua beranak terbabit kerana agama dianuti mereka dan sebagai tindak balas kepada perang antara Israel dan Hamas, menurut sumber rasmi dan aktiviti Muslim pada Ahad.

Pejabat Sheriff Will County dalam kenyataan berkata, kanak-kanak lelaki itu ditikam sebanyak 26 kali dengan pisau ketenteraan yang mempunyai bilah bergerigi sepanjang 18 sentimeter.

Ibunya yang berusia 32 tahun yang mempunyai beberapa kesan tikaman dijangka terselamat dalam serangan pada Sabtu di kawasan perbandaran Plainfield yang terletak 64 kilometer di barat daya Chicago.

“Detektif dapat menentukan bahawa kedua-dua mangsa dalam serangan kejam ini menjadi sasaran suspek kerana mereka beragama Islam dan konflik Timur Tengah yang berterusan membabitkan Hamas dan Israel,” kata Pejabat Sheriff Will County.

Advertisements

Suspek, Joseph Czuba, 71, didakwa dengan pembunuhan tahap pertama, cubaan membunuh tahap pertama dan dua pertuduhan jenayah benci.

Walaupun Czuba tidak membuat sebarang kenyataan kepada detektif kerana haknya seperti di bawah perlembagaan, polis berkata, mereka menentukan pertuduhan itu melalui temu bual dan bukti.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, saksi berkata mereka mendapati Czuba sedang duduk di di luar rumah dengan luka di dahinya, manakala mangsa berada di dalam bilik tidur.

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengenal pasti budak lelaki itu sebagai Wadea Al-Fayoume dan wanita itu, Hanaan Shahin adalah ibunya.

“Retorik Islamofobia dan perkauman anti-Palestin yang disebarkan oleh ahli politik, saluran media dan platform media sosial mesti dihentikan,” kata CAIR di platform media sosial X. -Agensi

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan