24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Bekas Perdana Menteri China, Li Keqiang, meninggal

Mesti Baca

BEKAS Perdana Menteri China, Li Keqiang, meninggal dunia akibat sakit jantung hari ini.

Li, 68, meninggal hanya 10 bulan selepas meletak jawatan yang dipegangnya selama sedekad.

Mendiang pada suatu masa dianggap sebagai tokoh menggantikan pucuk pimpinan tertinggi Parti Komunis China tetapi disisihkan Presiden President Xi Jinping sejak beberapa tahun lalu.

Ini bagi membolehkan Xi mengukuhkan kuasa untuk mengemudi ekonomi kedua terbesar dunia itu menjadi kuasa besar.

Li, ahli ekonomi kelulusan Universiti Peking, dilihat lebih cenderung menyokong pasaran ekonomi liberal tetapi terpaksa menuruti dasar ekonomi pilihan Xi.

Advertisements

“Komrad Li Keqiang, ketika berehat di Shanghai, diserang sakit jantung mengejut pada 26 Oktober dan usaha memulihkannya gagal.

“Beliau meninggal dunia pada jam 12.10 awal pagi 27 Oktober,” lapor agensi berita rasmi, CCTV.

Li berkhidmat sebagai Perdana Menteri dan sebagai ketua Kabinet di bawah Xi selama sedekad sebelum meletak jawatan pada Mac.

Beliau dilahirkan di wilayah Anhui, timur China, sebuah kawasan pertanian yang miskin, di mana bapanya adalah seorang pegawai dan pernah bekerja di ladang semasa Revolusi Kebudayaan.

Antara ungkapannya yang diingati ialah kenyataan pada 2020 bahawa 600 juta penduduk China menerima upah kurang AS$140 sebulan, mencetuskan debat mengenai kemiskinan dan kesaksamaan gaji. -Agensi

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan