30.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

UMNO-DAP perlu perkukuhkan kerjasama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO dan DAP perlu meningkatkan persefahaman antara kedua-dua parti tersebut yang akan membantu kelansungan Kerajaan Perpaduan sehingga cukup penggal.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) ia memberi ruang menguji keserasian UMNO-DAP.

“Ini dapat dilihat PRK Simpang Jeram dan Pulai telah membuka jalan. PRK Pelangai medan mematangkan lagi keserasian itu.

“Sebab itu UMNO mesti agresif beri penjelasan kepada jentera, ketua cawangan dan akar umbi mengenai rasional kerjasama UMNO-DAP.

“Perjuangan UMNO tidak tergadai kerana kerjasama UMNO-DAP kerana UMNO boleh jadi pengimbang dalam kerajaan perpaduan untuk jaga kepentingan Melayu dan Islam,” katanya menerusi kenyataan di Facebook di sini.

Mohd Puad turut memberi contoh apabila Malaysia baik dengan Iran, tidak bermakna Malaysia jadi Syiah.

“Kerjasama Malaysia-China tidak menjadikan Malaysia negara komunis.

“Apabila bekas Naib Presiden PAS Dato Nakhaie Ahmad bawa idea Majlis Perundingan China (CCC) dalam PAS, namjn dia dikecam hebat apabila PAS kalah teruk dalam pilihanraya umum tahun tersebut.

“Tetapi itu membuka jalan kepada tahalluf siyasi PAS. Akhirnya parti itu bekerjasama dengan DAP di zaman Semangat 46 dan Pakatan Rakyat.

Katanya lagi, Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi juga melakukan perkara hampir sama.

“Beliau memimpin UMNO buat keputusan konsensus menyertai Kerajaan Perpaduan yang di dalamnya ada DAP.

“Ia membuka jalan persefahaman UMNO-DAP. Anthony Loke lebih terbuka. Dia lebih waras dari pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang “histeria”.

“Ini kerana, keserasian UMNO-DAP adalah ancaman kepada PN,” ujar beliau. – Edisi 9

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kumpulan nasyid Aeydan enggan dibayangi Rabbani

MENYEDARI mereka dilahirkan sebagai anak-anak Rabbani, ramai beranggapan kumpulan nasyid Aeydan bakal menyambung legasi kumpulan itu. Namun begitu, ia membuatkan...

Lagi Artikel Berkaitan