25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

Anis Rizana wanita pertama dilantik Ketua Pengarah Kastam

Mesti Baca

DATUK Anis Rizana Mohd Zainudin menjadi wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), berkuat kuasa hari ini.

Anis Rizana, 54, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Western Michigan University, Amerika Syarikat (AS) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, Anis Rizana memiliki pengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama 29 tahun dengan jawatan pertama yang disandang ialah sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan pada 1994.

“Pelantikan ini adalah kali pertama bagi seorang penjawat awam wanita menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah JKDM.

“Beliau berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan import eksport, penyelidikan dan pembangunan dasar, ekonomi, pengurusan dan kewangan.

“Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Kementerian Kewangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Zuki berkata, beliau percaya dengan pengalaman dan kredibiliti dimiliki Anis Rizana mampu menerajui agensi yang amat penting dalam pengutipan hasil kerajaan itu.

Selain itu, beliau mewakili kerajaan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Zazuli Johan di atas jasa dan khidmat baktinya kepada perkhidmatan awam terutama sepanjang menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Kastam. -Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kumpulan nasyid Aeydan enggan dibayangi Rabbani

MENYEDARI mereka dilahirkan sebagai anak-anak Rabbani, ramai beranggapan kumpulan nasyid Aeydan bakal menyambung legasi kumpulan itu. Namun begitu, ia membuatkan...

Lagi Artikel Berkaitan