27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pendapatan TM terkesan, harga jalur lebar lebih rendah

Mesti Baca

PENURUNAN harga internet jalur lebar susulan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) baharu dijangka memberi kesan negatif terhadap pendapatan Telekom Malaysia Bhd (TM).

Penganalisis Public Investment Bank Bhd, Eltricia Foong berkata, standard mandatori yang diumumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu memberi impak kepada TM memandangkan syarikat telekomunikasi itu adalah penyedia rangkaian utama dalam negara.

“Kesan sebenar adalah bergantung kepada perjanjian TM dengan syarikat telekomunikasi masing-masing yang memajak infrastruktur daripada kumpulan berkenaan.

“Perjanjian ini adalah berdasarkan kontrak komersial yang mungkin berbeza daripada peringkat MSAP,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Foong berkata, TM dapat meraih keuntungan lebih rendah pada peringkat awal pelaksanaan MSAP disebabkan pelbagai langkah mengoptimumkan kos yang telah ditetapkan.

“Kami menjangkakan peningkatan permintaan untuk pusat data serta penawaran lebih banyak perkhidmatan nilai tambah akan meminimumkan kesan harga borong yang lebih rendah,” katanya.

Pada Februari 2023, SKMM telah mengeluarkan harga akses borong baharu mengikut struktur MSAP.

Walau bagaimanapun, MSAP hanya boleh berkuat kuasa sebaik sahaja perjanjian borong antara TM dan pencari akses dimeterai.

Advertisements

MSAP menetapkan kadar borong untuk pelbagai perkhidmatan telekomunikasi termasuk harga akses jalur lebar.

Awal Mac lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pelaksanaan MSAP berkuat kuasa 1 Mac lalu akan menurunkan harga maksimum perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi hingga sekitar 50 peratus kepada pengguna.

Harga maksimum bagi sejumlah 14 kemudahan serta perkhidmatan disenaraikan dalam MSAP, menyaksikan penurunan harga berbanding sebelum ini.

Sebagai contoh, harga untuk perkhidmatan borong jalur lebar berkelajuan tinggi untuk kelajuan 100 Mbps dalam MSAP baharu untuk 2023 adalah RM254.64 sebulan, berbanding RM515 sebelum ini.

katanya, ia dapat mengurangkan kos kepada penerima perkhidmatan capaian yang terbabit dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar tetap kepada pengguna.

Foong berkata, keputusan kewangan suku ketiga 2023 mungkin tidak akan memperlihatkan sebarang kesan ketara daripada MSAP walaupun TM masih mampu melaksanakan beberapa peruntukan penetapan harga semua lebih rendah ke atas kadar borong.

“TM One dijangka terus berprestasi yang lebih lemah berikutan penurunan harga kontrak besar tetapi ini mungkin dikurangkan dengan pengiktirafan kerugian cukai, yang akan ditolak daripada keuntungan.

“Kami menetapkan sasaran ‘outperform’ terhadap saham TM berdasarkan kedudukan utamanya sebagai penyedia infrastruktur rangkaian negara, yang mendapat manfaat daripada penggunaan rangkaian 5G dan permintaan yang semakin meningkat untuk pusat data hiperskala,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan