25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Tiada istilah ‘Islam ala PAS’ atau ‘Islam ala UMNO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menempelak tindakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan yang cuba menyesatkan masyarakat dengan terminologi yang sengaja diada-adakan.

Tegas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, tiada ‘Islam ala PAS’ atau ‘Islam ala UMNO’ seperti yang dikata.

“Islam ialah Islam yang mana pendekatan dan pemahaman selagi berdasarkan nas boleh dibahas secara ilmiah.

“Sehubungan itu Nur Jazlan diingatkan janganlah menyesatkan masyarakat dengan terminologi yang sengaja diada-adakan.

“Kononnya PAS akan membawa pendekatan ala Iran dan Taliban, ini bahasa digunakan oleh orang parti lain sebelum ini, rupa-rupanya sudah meresap masuk kepada pemikiran kepala pemimpin UMNO seperti Nur Jazlan.

“Dikatakan bahawa Johor akan jadi ‘mundur seperti Kelantan’ dan Kelantan tiada apa-apa. Jika nak dibahaskan, tahukah Nur Jazlan bahawa statistik pada 2019 menyebut Johor menjadi negeri paling tinggi permohonan guru untuk bertukar keluar dan Kelantan menjadi negeri paling tinggi guru yang mahu bertukar masuk?

“Jika Kelantan ini serba kekurangan, kenapa guru-guru mahu memohon bertukar masuk ke Kelantan menempuh segala kesusahan dan kepayahan tiada kemajuan, dan di Johor yang serba serbi maju, guru-guru berebut-rebut mahu keluar?

Advertisements

“Ya, itu bukan satu-satunya indikator, tetapi jika mahu dikatakan bahawa Johor serba-serbi maju, Nur Jazlan belilah cermin dan tiliklah fakta terlebih dahulu,”katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau.

Tambah Ahmad Fadhli, lebih 100,000 pendudulk Johor sedang bekerja di Singapura dan berulang-alik setiap hari.

“Sepatutnya Nur Jazlan malu apabila beliau terang-terang minta DAP meminda perlembagaan dan gugurkan perjuangan Malaysian Malaysia, telah dibalas mentah-mentah oleh pimpinan DAP bahawa tiada sebarang keperluan untuk meminda perlembagannya dan mengeluarkan perjuangan Malaysian Malaysia.

“Nah, diludah sendiri oleh pimpinan DAP pada saat PRK Pulai sedang berlangsung. Aduuh… tidak malukah Nur Jazlan?,” soal beliau.

Baru-baru ini Nur Jazlan dilaporkan berkata, Johor akan mundur dari semua segi termasuk ekonomi, pembangunan sosial dan syiar Islam jika corak pentadbiran kerajaan negeri mengikut acuan Islam PAS.

Beliau juga mendakwa, acuan Islam ala PAS, tidak sesuai dengan Johor.

“Pendek kata kalau nak ikut acuan Islam ala PAS yang macam kerajaan Iran dan Taliban itu, maka Johor yang sudah maju akan mundur ke belakang dari semua segi sama ada ekonomi, pembangunan, sosial dan syair Islam sendiri,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan