BRANZ Marketing Sdn Bhd menyasarkan sebanyak RM3 juta hasil jualannya selepas melancarkan produk baharu mereka, Thor X menjelang akhir tahun ini.
Pengasas Bersamanya, Dr Aizul Hafizi Ismail berkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi pengenalan produk Thor X yang memberi fokus kepada suplemen kesihatan lelaki.
“Bagi menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, kami telah melakukan penyelidikan dan pembangunan lebih dua tahun di mana keberkesanan produk ini adalah ia mengandungi akar maca.
Dr Aizul berkata, mereka turut menetapkan sasaran seramai 100,000 pasangan suami isteri mencapai kepuasan dalam perkahwinan mereka dan menikmati kesejahteraan hidup pada masa akan datang.
“Akar maca adalah herba tradisional Peru dari pergunungan Andes yang telah digunakan selama berabad-abad untuk tujuan kulinari dan perubatan.
“Produk ini sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan kerana akar maca juga sering dipanggil ginseng Peru dan terkenal kerana menggalakkan tenaga dan kecergasan.
“Selain itu, produk ini hanya mengandungi bahan organik dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan dadah selain Thor X juga adalah produk eklusif yang dirumuskan dengan 100 peratus bahan-bahan semula jadi,” katanya pada majlis pelancaran produk berkenaan, baru-baru ini.
Turut hadir, Pengasas Bersama yang juga pempengaruh media sosial, Caprice dan Pegawai Eksekutif Thor X, Evi Nur Afifah.
Thor X telah mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan selamat dan bersih untuk dimakan kerana telah menerima Pensijilan Makanan Selamat Tanggunjawab Industri (MESTI).
Selain itu, produk ini telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan Halal.
Dalam pada itu, Aizul berkata, Thor X pernah memenangi World Consumer Health Brand Awards 2023 dan South East Asia Organic Awards sekaligus kejayaan itu mengukuhkan reputasi dan bukti keunggulannya sebagai produk yang berkualiti tinggi dan diiktiraf pada peringkat global.
Melengkapkan lagi kecemerlangan produk kesihatan ini, ThorX juga mendapat anugerah Asia Halal Brand Awards dalam kategori Best Men Supplement.
Ia adalah anugerah yang khusus diberikan kepada produk yang sudah pun mendapat sijil halal yang diadili lima juri berkaliber.
“Kami yakin produk Thor X ini akan menjanjikan pengguna untuk kepuasan dan membawa hubungan intim ke tahap yang lebih baik.
“Pengguna tidak perlu risau kerana ia menggunakan bahan semulajadi yang dipilih dengan teliti dan juga tidak perlu bimbang tentang kesan sampingan yang tidak diingini berlaku,” katanya lagi. -Edisi 9