27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen PRK Pelangai

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANYA Pilihan Raya (SPR) menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-PR) bagi memantau aktiviti kempen semua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, semua kaedah dan bahan kempen adalah dibenarkan selagi ia tidak mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan.

Katanya, ia termasuk yang berunsur isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) serta tidak melanggar peruntukan Akta 5 dan undang-undang lain yang berkaitan.

“SPR berharap agar aktiviti berkempen berjalan dalam suasana yang penuh harmoni serta mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas meninjau perjalanan hari penamaan calon bagi PRK DUN Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, Bentong, hari ini.

Advertisements

Abdul Ghani berkata, calon-calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5], adalah juga tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan.

Ujarnya, ia bagi tujuan mempamer dan mengedarkan bahan kempen pilihan raya yang mengandungi gambar calon, lambang/simbol parti dan gambar pemimpin parti gabungan /komponen secara bersama atau berasingan yang diwakilinya.

“Tiada had ditetapkan kepada gambar bagi parti politik yang bertanding dan gambar pemimpin parti politik komponen/gabungan/pakatan pada bahan kempen pilihan raya.

“Gambar pemimpin parti politik pada bahan kempen termasuklah gambar pemimpin parti politik komponen yang berdaftar secara rasmi atau tidak berdaftar secara rasmi namun menyokong/bersekutu calon parti politik bertanding boleh digabung atau diletakkan secara berasingan tertakluk kepada bahagian pilihan raya calon/parti politik tersebut bertanding,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan