28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tafsiran sendiri ayat al-Quran, Howard Lee disiasat

Mesti Baca

POLIS Perak menyerahkan siasatan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How yang dikatakan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran susulan video tular baru-baru ini, kepada Bukit Aman.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman susulan laporan asal atau laporan pertama mengenainya yang dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Katanya, hanya satu laporan mengenainya diterima oleh Polis Perak iaitu laporan yang dibuat oleh badan bukan kerajaan (NGO), Jalinan Bersatu Sahabat (JABAT) Perak, kelmarin yang meminta siasatan dan tindakan dikenakan terhadap Howard Lee kerana dianggap menghina Islam.

“Di Perak, kita hanya menerima satu laporan berhubung dengannya dan kita rujuk kepada laporan asal yang dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak. Kes ini juga disiasat oleh pihak USJT Bukit Aman,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan JABAT Perak membuat laporan polis terhadap Howard di Balai Polis Manjoi, Perak.

Advertisements

Presiden JABAT Perak, Amiruddin Mohd Daud dilaporkan berkata, pihaknya merasakan tindakan Howard sebagai sengaja menghina Islam memandangkan ahli parlimen itu bukan Muslim namun bertindak menafsirkan ayat di dalam al-Quran yang sekali gus turut menyentuh perkara 3R (agama, raja, kaum).

Terdahulu, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak turut menyifatkan Howard sebagai kurang ajar dan cuba memprovokasi apabila mendakwa ahli parlimen DAP itu menjadi pentafsir kepada al-Quran dengan memutarbelitkan tafsir ayat 59 surah an-Nisa.

Ketua Pemuda PAS Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Hafez Sabri berkata penafsiran dibuat oleh Howard menerusi video tular itu amat dangkal serta mengandungi unsur provokasi melampau terhadap kesucian agama Islam.

“Howard menghuraikan hujah melalui sandaran dalil al-Quran supaya PAS mengikut ulil amri yang kononnya disamakan sebagai kerajaan hari ini, sedangkan beliau bukan pakar al-Quran,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan