PEMAIN sayap Arsena, Bukayo Saka dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan England untuk tahun kedua berturut-turut.
Kemenangan tersebut bagai sudah dijangka selepas pemain berusia 22 tahun itu mempamerkan persembahan menakjubkan bersama skuad Three Lions sepanjang kempen 2022-23.
Saka menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan dalam debutnya di Piala Dunia FIFA Disember lalu dan dinamakan pemain terbaik perlawanan menentang Iran.
Selain itu, pemain sayap muda itu turut merakam hatrik pertama dalam kariernya apabila menyumbat tiga gol ketika berdepan Macedonia Utara pada Jun lalu.
Lebih manis lagi, Anugerah Pemain Terbaik Tahunan England itu diserahkan kepada Saka pada hari ulang tahun ke-22 semalam ketika berada di kem pusat pasukan kebangsaan England.
Pasukan Three Lions bakal menghadapi perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2024 menentang Ukraine, Sabtu ini.
Sementara itu, Saka menjadi pemain tunggal Arsenal meraih penghormatan tersebut sejak 19 tahun lalu.
Pemain itu baru-baru ini turut dinamakan sebagai Pemain Muda Terbaik Tahunan Persatuan Bola PFA.
Pemain Terbaik Tahunan Wanita England bagi musim 2022-23 akan diumumkan dalam bulan ini juga. – Edisi 9