26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Rafizi antara menteri yang perlu ditukar portfolio – Puad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli antara menteri yang perlu ditukar portfolio jika sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercadang untuk membuat merombak Kabinet dalam masa terdekat.

Cadangan itu dikemukakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi yang berkata, Ahli Parlimen Pandan itu perlu ditukar kerana gagal menawarkan formula luar biasa untuk ekonomi rakyat.

Malahan, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rengit itu melihat Rafizi sesuai untuk diletakkan di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi memberi peluang kepadanya mencari formula untuk pelancongan negara.

“Setakat formula masak dan makan di rumah itu biasa biasa… Elok Rafizi diberi peluang kemuka “formula pelancongan” pula. Mana tahu berkesan. Mungkin Rafizi akan jadi Menteri Pelancongan terbaik,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Khabar angin bahawa Perdana Menteri akan membuat rombakan Kabinet sedang bertiup kencang sejak beberapa hari ini, lebih-lebih selepas kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub bulan lalu.

Sehingga kini jawatan tersebut masih belum diisi dan kini dipangku oleh Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Datuk Armizan Mohd Ali.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan membincangkan cadangan rombakan Kabinet dalam pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Bagaimanapun Perdana Menteri menjelaskan, rombakan Kabinet bukan perkara mendesak kerana terdapat hanya satu kekosongan jawatan perlu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan