25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PH nafi Musa Aman bakal ketuai Sabah

Mesti Baca

PAKATAN Harapan (PH) Sabah menafikan laporan berita tempatan mengaitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang dikatakan bakal mengetuai gabungan terbabit.

Dalam satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan PH Sabah hari ini menjelaskan laporan berita yang tular dalam media sosial bertajuk “Musa Aman akan ketuai PH Sabah?” menimbulkan kekeliruan rakyat.

Kenyataan itu dikeluarkan Pengerusi PH Sabah, Datuk Christina Liew; Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick; Pengerusi PKR Sabah, Datuk Sangkar Rasam; Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon dan Pengerusi AMANAH Sabah Lahirul Latigu.

“PH Sabah amat terkejut dengan laporan berita itu yang telah tular dalam media sosial dan menimbulkan kekeliruan serta kerisauan rakyat.

Advertisements

“Kami secara sebulat suara menafikan perkara ini dan ia tidak sesekali dibincang dan diputuskan dalam mana-mana mesyuarat PH Sabah,” kata kenyataan itu.

PH Sabah berpendirian bahawa mana-mana keputusan mustahak yang berhubung kait dengan mandat dan keyakinan rakyat seharusnya dipertimbangkan, diteliti dan diperhalusi sebulat suara pada peringkat pimpinan tertinggi.

Kenyataan itu berkata, PH Sabah akan bertemu dan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkenaan termasuk hala tuju menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan