28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025

Perdana Menteri lawat Singapura hari ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Singapura hari ini untuk menyertai Sidang Kemuncak Tahunan Asia Ke-10 MilkInstitute.

Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi kenyataan berkata, Anwar akan diiringi isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, turut mengiringi beliau ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta pegawai dari kementerian dan agensi berkaitan.

“Semasa persidangan tersebut, Perdana Menteri akan menyertai dua sesi khas iaitu A Conversation with the Prime Minister of Malaysia dan Malaysia’s Investment Outlook: A Conversation between Prime Minister and Global Investors.

“Kedua-dua sesi ini akan disertai oleh pemimpin-pemimpin industri global dan syarikat-syarikat pelaburan,” katanya hari ini.

Advertisements

Menurut KLN, Perdana Menteri turut dijadualkan untuk bertemu dengan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong dalam satu sesi minum petang.

“Kedua-dua pemimpin dijangka akan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan domestik dan antarabangsa,” jelasnya.

Pada 2022, Singapura merupakan rakan dagang dunia kedua terbesar Malaysia dengan perdagangan mencecah RM390.4 bilion yang merangkumi 12.9 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia.

ltu merupakan peningkatan sebanyak 29.4 peratus berbanding jumlah dagangan pada tempoh yang sama bagi 2021 (RM301.7 bilion). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Hasil Aneka Jaringan rekod peningkatan 35.19 peratus

ANEKA Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, dengan mengumumkan peningkatan hasil sebanyak 35.19 peratus...

Lagi Artikel Berkaitan