31.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Berarak ke Parlimen: Polis buka kertas siasatan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS membuka satu kertas siasatan berhubung tindakan sekumpulan individu berarak ke bangunan Parlimen dari Tugu Negara bagi menyerahkan memorandum, semalam.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Wang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, semasa penugasan kawalan keselamatan penyerahan memorandum di Tugu Negara sekitar pukul 9 pagi, didapati seramai 20 individu telah cuba berarak ke Parlimen.

Menurut beliau, pegawai polis yang bertugas telah menasihati kumpulan tersebut supaya tidak berarak disebabkan penyerahan memorandum telah diselaraskan pihak Parlimen untuk diadakan di Tugu Negara.

“Walau bagaimanapun, pihak penyerah tidak mengendahkan arahan daripada pihak polis dengan meneruskan perjalanan ke Parlimen.

“Sehubungan itu, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

Noor Dellhan berkata, pihaknya telah mengenal pasti individu yang terlibat dan akan dipanggil untuk diambil keterangan bag membantu siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat di dalam sebarang aktiviti menyalahi undang-undang.

“Tindakan akan diambil mengikut peruntukkan undang-undang yang berkuat kuasa,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Cadangan pecah monopoli BERNAS perlu perbincangan

SEBARANG usaha untuk memecahkan monopoli beras perlu dibincangkan dengan Kementerian Kewangan, Ekonomi dan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ini kerana, kata...

Lagi Artikel Berkaitan