31.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Polis siasat video Perhimpunan Selamatkan Malaysia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS telah membuka satu kertas siasatan terhadap penularan video di aplikasi TikTok berhubung penganjuran ‘Perhimpunan Selamatkan Malaysia’ di depan sebuah pusat beli belah di ibu negara, Sabtu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah menerima satu laporan berhubung klip video pada Isnin lalu.

“Susulan itu, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Aka Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini sebanyak lima laporan telah diterima berkenaan paparan klip video tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Allaudeen berkata, pihaknya telah mengambil keterangan dua orang individu bag membantu siasatan manakala empat orang lagi individu akan diambil keterangan dalam masa terdekat.

“Pihak Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan apa-apa perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

“Tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat,” tegasnya. – Edisi 9

Terkini

Cadangan pecah monopoli BERNAS perlu perbincangan

SEBARANG usaha untuk memecahkan monopoli beras perlu dibincangkan dengan Kementerian Kewangan, Ekonomi dan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ini kerana, kata...

Lagi Artikel Berkaitan