32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Harimau Muda pilih jalan sukar selepas tewas kepada Thailand

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD Harimau Muda memilih jalan sukar apabila terpaksa menunggu keputusan lain-lain perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024 untuk menentukan nasib sama ada mereka layak atau tidak ke Qatar tahun depan.

Ini selepas anak buah E. Elavarasan tumpas 1-0 kepada Thailand dalam aksi terakhir peringkat kumpulan malam ini, sekali gus menamatkan saingan di kedudukan kedua Kumpulan H.

Thailand memperoleh jaringan tunggal pada minit ke-20 apabila penyerang, Yotsakon Burapha menanduk masuk hantaran silang Pongsakorn Trisat untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Harimau Muda cuba menggadakan asakan selepas itu namun pertahanan tuan rumah berjaya membina benteng ampuh menyerap segala asakan Malaysia untuk memastikan Thailand merekodkan kemenangan bersih dalam tiga aksi peringkat kumpulan.

Advertisements

Untuk rekod, hanya juara kumpulan dan empat naib juara kumpulan terbaik sahaja yang akan layak ke Qatar.

Malaysia memulakan kempen dengan kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh sebelum membenam cabaran Filipina 4-0 pada perlawanan kedua sekali gus mengumpul enam mata.

Bagi penentuan tempat kedua terbaik, aksi menentang pasukan di tangga keempat tidak dikira dengan mata dan perbezaan jaringan akan diambil kira.

Mengikut kedudukan semasa bagi pasukan di tangga kedua, Harimau Muda mengutip tiga mata dan mempunyai kelebihan lima jaringan, selepas Filipina menundukkan Bangladesh 1-0, petang tadi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan