24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Pemasaran lokal jadi keunikan di Kluang Mall

Mesti Baca

MELAKUKAN strategi dengan membantu pemasaran lokal atau setempat menjadikan Kluang Mall pusat beli-belah unik dan menarik di Johor Tengah.

Pengurus Pemasaran Kluang Mall, Rafiq Rajak, berkata Kluang Mall lebih kepada pusat membeli-belah kejiranan dengan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat daerah Kluang atau penduduk yang tinggal dalam jarak masa pemanduan 30 minit dari pusat beli-belah itu.

Katanya, pemasaran adalah mengenai penyelidikan dan tumpuan dengan memahami pelanggan sebaik mungkin dan memberi tumpuan kepada segmen pemasaran yang menyediakan peluang.

“Pemasaran pusat membeli-belah adalah mengenai pemasaran lokal. Anda perlu memahami pembeli lokal. Pusat membeli-belah purata biasanya menarik pembeli dari dalam jarak pemanduan 15 hingga 30 minit.

“Pusat beli-belah yang lebih besar, yang dikenali sebagai pusat beli-belah wilayah akan menarik pelancong dan pembeli dalam jarak pemanduan 45 hingga 60 minit, seperti 1Utama,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Rafiq berkata, Kluang Mall adalah pusat beli-belah terbesar di Johor tengah dan berkhidmat untuk daerah Kluang yang mempunyai penduduk seramai 323,700.

Beliau berkata, ia adalah pusat beli-belah yang dimiliki sepenuhnya, sekali gus membolehkannya mempunyai kawalan penuh dalam susunan penyewa.

“Kami berjaya membawa H&M dan UNIQLO dan ini adalah pembukaan sulung mereka di bandar sekunder.

Advertisements

“Sehubungan itu, kami membina campuran penyewa yang utuh dengan jenama tempatan dan antarabangsa.

“Berikutan perjalanan ke Johor Bahru mengambil masa kira-kira 90 minit dengan kereta, Kluang tidak terjejas oleh persaingan Johor Bahru.

“Oleh itu, kami berharap menjadi pusat membeli-belah utama di Johor Tengah,” katanya.

Mengenai pemasaran menerusi platform media sosial, Rafiq berkata, pihaknya telah berusaha sepanjang tahun untuk mengembangkan platform media sosialnya.

Beliau berkata, pusat beli-belah itu telah mempunyai lebih 50,000 pengikut di Facebook dan 7,000 pengikut di Instagram.

Katanya, Kluang Mall telah membangunkan program kesetiaan pelanggan iaitu aplikasi untuk memberikan ganjaran kepada pengunjung.

“Kini kami mempunyai lebih 6,000 pelanggan. Aplikasi Kluang Mall diperkenalkan pada 2022 dan direka sebagai platform untuk menghubungkan pembeli dan penyewa.

“Ia menawarkan ganjaran seperti baucar dan penebusan untuk mengekalkan minat pembeli. Ini adalah eksperimen yang tumpuan rendah tetapi kami berjaya mendapatkan lebih 6,000 pelanggan,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan