31.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Palmer hampir pasti ke Stamford Bridge

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN sayap Manchester City, Cole Palmer hampir pasti menyertai Chelsea selepas melengkapkan fasa pertama pemeriksaan kesihatan di London.

Palmer dijangka menandatangani kontrak selama tujuh tahun dengan opsyen lanjutan setahun selepas City menerima bidaan sebanyak RM263.9 juta dari The Blues.

Perpindahan pemain berusia 21 tahun itu dijangka dimuktamadkan hari ini, hari terakhir jendela perpindahan musim panas liga utama Eropah sebelum ditutup pukul 12 tengah malam (waktu United Kingdom).

Palmer mengambil keputusan berhijrah susulan peluang beraksi yang terbatas di Stadium Etihad.

Pemain muda itu dijangka akan diletakkan di posisi nombor 10 atau di bahagian sayap kanan yang bakal memberikan lebih banyak variasi dalam corak serangan yang direncanakan Mauricio Pochettino.

Posisi tersebut merupakan peranan yang sama dimainkan Phil Foden yang menjadi pilihan utama Pep Guardiola berbanding Palmer ketika di City.

Produk akademi City itu berjaya menembusi skuad utama tiga tahun lalu apabila melakukan debut dalam kejohanan Piala Liga Carabao yang menyaksikan juara Eropah itu menang 3-0 ke atas Burnley.

Lebih banyak diturunkan dalam kejohanan piala, Palmer mendapat peluang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama apabila diturunkan menentang Norwich pada Mac lalu.

Perpindahan itu menyaksikan Palmer mengikut jejak langkah Reheem Sterling yang berhijrah ke Chelsea dari City. – Edisi 9

Terkini

Lima lelaki jadi ‘orang tengah’ minta rasuah direman 6 hari

LIMA lelaki yang bertindak sebagai 'orang tengah' meminta rasuah bagi selesaikan kes pemandu mabuk direman selama enam hari. Perintah...

Lagi Artikel Berkaitan