25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Malaysia memilih integrasi – Tepat atau silap?

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

ADA dua istilah yang sangat terkenal dalam Psikologi Pendidikan yang dikemukan oleh Jean Peaget iaitu asimilasi (assimilation) dan akomodasi (accommodation).

Asimilasi ialah proses menukar sesuatu objek ke dalam persekitaran yang objek itu berada manakala akomodasi ialah persekitaran menyesuaikan diri dengan objek yang datang.

Dalam bahasa Inggeris konsep asimilasi dan akomodasi ialah “Assimilation: Attempting to interpret new information within the framework of existing knowledge.

Accommodation: Making small changes to that knowledge in order to cope with things that don’t fit those existing frameworks.” (Google search).

Penulis memilih untuk menyamakan akomodasi dengan integrasi walau pun dari segi makna mungkin ada perbezaan. Ini disesuaikan dengan tajuk penulisan kali ini.

Untuk menyatupadukan rakyat, Malaysia memilih untuk mengambil pendekatan integrasi (atau akomodasi), sementara Indonesia, Thailand, Filipina, Mynmar dan lain-lain negara ASEAN memilih kaedah asimilasi.

Pendapat ini disokong oleh Prof Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seng, seorang profesor di Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam sebuah wawancara mengenai integrasi rakyat Malaysia berbagai kaum (multiracial society).

Indonesia misalnya, semua masyarakat pendatang diwajibkan menukar nama mereka kepada nama-nama Indonesia dan bertutur menggunakan bahasa Indonesia (walaupun dalam kalangan bangsa mereka sendiri).

Advertisements

Mereka berasimilasi secara baik dengan masyarakat tempatan bagi mengukuhkan perpaduan negara.

Malaysia memilih untuk menggunakan kaedah integrasi dan pembaca dapat menyaksikan sendiri apa yang terjadi setelah 66 tahun merdeka.

Polarisasi semakin kental. Perkauman semakin menebal. Penyebaran bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan hanya tinggal slogan semata-mata.

Kerisauan antara kaum semakin menebal. Tahap kepercayaan antara kaum sangat membimbangkan. Apakah kita masih boleh kembali memilih asimilasi?

Bak kata pepatah Inggeris, “The damage is already been done.” Maknanya kerosakan telah berlaku, apakah akan terjadi kisah tikus memperbaiki labu?

Apa pun tidak terlambat untuk kita merintis jalan kepada perpaduan yang lebih kekal bagi Masyarakat majmuk Malaysia.

Walau pun ada Kementerian Perpaduan Negara, namun kalau hal yang sangat utama iaitu Bahasa Kebangsaan tidak dimertabatkan, maka agak susah perpaduan dicapai.

Semoga negara kita dijauhi daripada jurang perpecahan yang sangat dalam.


Penulis adalah mantan Profesor Madya di Universiti Sains Islam Malaysia.

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan