25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

PRK: Amizar diumum calon BN di Pelangai

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) menamakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong, Datuk Amizar Abu Adam sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail malam tadi.

Wan Rosdy berkata, pemilihan Amizar, 50, dibuat selepas mengadakan perbincangan dan dan mendapat persetujuan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. 

“Saya harap rakan-rakan yang disebut (sebagai calon) tetapi tidak tersenarai, tidak merajuk atau bercuti. Kita sebagai orang parti, tolonglah kawan kita (Amizar) untuk menang di Pelangai.

“UMNO ada 3,040 ahli di Pelangai, saya harap kita kerja keras, dapat keluarkan sekurang-kurangnya 90 peratus ahli keluar mengundi, terus bagi sokongan dan dukungan supaya calon kita boleh menang,” katanya.

Advertisements

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Oktober ini bagi hari mengundi DUN Pelangai dengan hari mengundi awal adalah pada 3 Oktober.

Pilihan raya ini diadakan susulan kematian penyandang, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat di Persiaran Elmina, Shah Alam, bulan lalu.

Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan’ Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu; Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup; Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon dan Naib Presiden MIC, Datuk M. Asojan.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berharap PRK di DUN Pelangai akan menjadi titik noktah kepada ‘gelombang hijau’ pembangkang.

“Pilihan Raya Negeri lepas kita lihat terutamanya di Terengganu, Kelantan dan Kedah dikaitkan dengan gelombang hijau. Jadi sama-sama kita noktahkannya di sini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan