30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Lantikan pengawas SPM 2023 dibuka kepada orang awam

Mesti Baca

BUAT pertama kalinya Kementerian Pendidikan (KPM) membuka permohonan bagi pelantikan pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kepada orang awam.

KPM dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini berkata, permohonan itu dibuka dari 12 September hingga 31 Oktober ini.

“Orang ramai boleh mengemukakan borang permohonan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui pautan https://bit.ly/44KmnxL.

“Pemohon yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk sesi temu duga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan,” menurut hantaran itu.

KPM berkata, inisiatif itu adalah satu daripada tujuh langkah kementerian berkenaan dalam mengatasi beban tugas guru yang diumumkan Menteri Pendidikan Fadhlina, Sidek pada 17 Februari lalu.

Advertisements

Antara syarat yang ditetapkan adalah warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 65 tahun; mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; bebas daripada sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah, di samping mempunyai pengangkutan sendiri.

Menurut hantaran itu lagi, lima kategori pemohon ditetapkan KPM iaitu Kategori 1 yang terdiri daripada pesara kerajaan di bawah skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; Kategori 2 (pelajar institut pengajian tinggi awam, institut pengajian tinggi swasta, Institut Pendidikan Guru, lepasan asasi atau matrikulasi).

Kategori 3 ialah guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri, sekolah swasta, Maktab Rendah Sains Mara; Kategori 4 (anggota kumpulan pelaksana atau pekerja kontrak kerajaan) dan Kategori 5 (kakitangan bukan kerajaan atau pesara kerajaan dan swasta).

KPM turut memaklumkan, orang ramai boleh menghubungi JPN masing-masing atau e-mel kepada Lembaga Peperiksaan di [email protected] untuk pertanyaan lanjut. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan