31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Motosikal ditarik punca penghantar makanan mengamuk

Mesti Baca

TULAR video di laman sosial seorang lelaki sedang mengamuk sambil menendang motosikal miliknya.

Kejadian berlaku disebabkan dia berang apabila motosikal miliknya itu ditarik kerana mempunyai tunggakan selama 34 bulan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, tindakan individu terbabit dirakam orang ramai yang berada di sekitar lokasi kejadian sebelum ia menjadi tular di media sosial.

“Siasatan awal dijalankan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu, individu terbabit bertindak menendang motosikal miliknya sebelum menyerahkan kepada ejen penarik kenderaan.

“Kejadian berlaku disebabkan individu berkenaan tidak berpuas hati kerana motosikalnya itu ditarik setelah mempunyai tunggakan bayaran selama 34 bulan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Katanya, setakat ini tiada sebarang kertas siasatan dibuka berkaitan kejadian.

“Laporan polis telah dibuat oleh ejen penarik kenderaan pada hari sama di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur.

“Tiada sebarang siasatan dijalankan berikutan ia hanya membabitkan laporan berkaitan penarikan kenderaan,” katanya.

Semalam, tular video di media sosial memaparkan seorang penghantar makanan bertindak menendang motosikalnya di hadapan sebuah pusat beli-belah di Serdang, Isnin lalu.

Tindakan individu berkenaan menimbulkan pelbagai spekulasi netizen yang rata-rata mempertikaikan tindakannya itu. -Edisi 9

 

Advertisements

Terkini

Penjawat awam bakal nikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus – PM

PENJAWAT awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula Disember ini, iaitu kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam...

Lagi Artikel Berkaitan