27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Karnival Uniti Pestabola Merdeka Oktober ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perpaduan Negara bakal menganjurkan Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 pada 13 hingga 17 Oktober ini sempena kejohanan Pestabola Merdeka 2023.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, dua acara awal akan dipertandingkan bagi mempromosikan kehangatan Pesta Bola Merdeka tahun ini.

Menurutnya, dua acara tersebut adalah perlawanan bola sepak kategori kanak-kanak pada 30 September dan 1 Oktober di Stadium MPAJ, Selangor dan perlawanan amal bersama lagenda bola sepak negara dan selebriti pada 7 Oktober di Stadium KLFA, Cheras.

“Sukan bola sepak merupakan sebahagian daripada identiti kebangsaan yang dapat membantu membina perasaan cinta dan kesetiaan kepada negara.

“Malaysia juga berjaya menjalankan pelbagai acara sukan seperti badminton, hoki, dan lain-lain. Ini memberikan peluang kepada rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum untuk bersatu dalam semangat kebangsaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengangkat tema ‘Bola Sepak Menyatukan Kita’, karnival ini merupakan platform dalam menyatupadukan masyarakat di negara ini.

Advertisements

Selain itu, ia turut memberi ruang dan peluang kepada seluruh masyarakat hadir bersama-sama memeriahkan karnival dan menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai tapak integrasi nasional.

Aaron berkatam pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 ini berlangsung.

Beliau berkata, antaranya acara larian, berbasikal, kejohanan penalti, kejohanan bola sepak jalanan, persembahan kebudayaan dan banyak lagi.

“Sewaktu karnival ini juga, orang ramai turut berpeluang menyertai aktiviti ‘Stadium Tour’ sambil merakam kenangan bersama Piala Pesta Bola Merdeka.

“Dijangka lebih 100,000 pengunjung dari seluruh negara akan hadir memeriahkan karnival ini selama lima hari berlangsung,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan