26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Ka Siong janji galas tugas memimpin MCA sebaiknya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Dr Wee Ka Siong berjanji akan menggalas sebaik-baiknya jawatan nombor satu parti yang dimenanginya demi mengembalikan kegemilangan MCA walau sesukar mana sekalipun cabaran mendatang.

“Saya juga akan berusaha sedaya upaya mengotakan janji saya untuk melaksanakan pembaharuan dalam parti sebagaimana yang terkandung dalam manifesto saya.

“Saya juga akan menjadi pekerja parti dan bekerjasama rapat dengan Timbalan Presiden, Datuk Dr. Mah Hang Soon dalam usaha memacu parti ke tahap yang lebih tinggi. Pemilihan sudah berakhir.

“Justeru, saya mengajak kepada semua, termasuk sayap parti untuk merapatkan kembali persahabatan dalam meneruskan perjuangan parti demi kepentingan ahli parti, masyarakat serta negara secara keseluruhannya,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau di sini.

Semalam, Wee Ka Siong mempertahan jawatan Presiden MCA bagi penggal 2023 selepas memenangi Pemilihan Jawatankuasa MCA Pusat 2023.

Bekas menteri itu meraih majoriti 558 undi selepas memperolehi 569 undi mengalahkan pencabarnya,Tan Chong Seng yang hanya mendapat 11 undi.

Dalam pada itu, Ka Siong turut mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua perwakilan MCA yang telah mengundi dalam Pemilihan Jawatankuasa MCA Pusat 2023 kali ini dan memberi mandat kepadanya untuk terus memimpin parti bagi penggal kedua.

Advertisements

“Terima kasih kerana terus menyuburkan amalan demokrasi dalam parti dengan bertanding secara sihat sepanjang tempoh berkempen, seterusnya menjadikan proses pemilihan parti kali ini berjalan lancar.

“Tidak dilupa, ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Pemandu Pemilihan MCA 2023; warga Ibu Pejabat MCA; MCA Bahagian seluruh negara; pemantau dan seluruh tenaga kerja yang bertugas sepanjang tempoh berlangsungnya pemilihan parti sejak hari pertama hinggalah ke hari ini,”katanya.

Dalam pemilihan tersebut juga, bagi Timbalan Presiden, Datuk Dr Mah Hang Soon mengekalkan jawatannya selepas tidak dicabar pada pemilihan parti peringkat pusat yang bermula Sabtu lalu.

Jawatan Naib Presiden pula dimenangi Datuk Lim Ban Hong dan Datuk Tan Teik Cheng yang mempertahankan jawatan masing-masing selepas mendapat 477 dan 469 undi.

Dua muka baru jawatan Naib Presiden dimenangi oleh Timbalan Bendahari Agung, Datuk Lawrence Low Ah Kiong dan Ahli Jawatankuasa Pusat, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng masing-masing memperoleh 470 dan 496 undi.

Bagaimanapun, Datuk Seri Ti Lian Ker gagal mempertahankan jawatannya selepas hanya mampu memperoleh 136 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan