31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

JKSM diarah pastikan institusi kehakiman syariah adil – Na’im

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) diarah supaya memastikan institusi kehakiman syariah benar-benar berfungsi menegakkan keadilan serta mengamalkan budaya kerja profesional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu Mahkamah Syariah terus diperkasa.

“Saya telah mengarahkan JKSM untuk memastikan titah Tuanku terlaksana supaya institusi kehakiman syariah benar-benar berfungsi untuk menegakkan keadilan serta mengamalkan budaya kerja profesional.

“Melalui keadilan dalam perundangan dan kekeluargaan, dapat memperkukuh institusi kekeluargaan yang berpegang teguh kepada nilai agama selain mengelakkan berlakunya keruntuhan rumahtangga.

Advertisements

“Selain itu, institusi mahkamah syariah juga menjadi rujukan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah kekeluargaan selaras dengan tuntutan agama,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar pengurusan Mahkamah Syariah termasuk kedudukan hakim dan peguam syarie terus diperkasa dan ditambah baik bagi menambah kewibawaan sistem perundangan Islam di negara ini.

Seri Paduka bertitah, Mahkamah Syariah perlu bijak menggunakan kuasa budi bicara dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak dalam membuat keputusan terutamanya di dalam menyelesaikan kes kekeluargaan dan jenayah syariah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan