27.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Empat tahun kahwin, lelaki dimadukan isteri

Mesti Baca

TINDAKAN seorang wanita yang ‘memadukan’ suaminya terbongkar, selepas perkahwinan keduanya diketahui suami pertama.

Memetik laporan Berita Harian, peniaga, Rahaman Mohamed Jaafar, 47, mendedahkan dia berkahwin dengan isterinya yang berusia 32 tahun pada Januari 2019 di Narathiwat, Thailand sebelum isterinya menghilangkan diri dari rumah Januari tahun ini.

Katanya, perkahwinan mereka disahkan cukup syarat mengikut hukum syarak oleh Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, pada 6 Jun lalu dan didaftarkan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah.

“Selepas kehilangan isteri pada Januari lalu, saya mendapat tahu di media sosial pada April lalu isteri saya akan berkahwin dan perkara itu agak mengejutkan kerana saya tidak pernah menceraikannya dan kami masih suami isteri.

“Selepas saya membuat semakan, saya mendapati isteri saya ada membuat permohonan untuk berkahwin dengan lelaki lain yang berusia 42 tahun di Pejabat Agama Besut, Terengganu pada April lalu dipercayai menggunakan surat cerai dengan suami pertamanya iaitu sebelum berkahwin dengan saya,” katanya.

Rahaman berkata, mengetahui dia ‘dimadukan’ isteri, dia memfailkan tuntutan faraq nikah di antara isterinya itu dengan lelaki terbabit.

“Susulan itu, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada Ogos lalu membuat keputusan memerintahkan isteri saya selaku defendan pertama dan suami keduanya yang juga defendan kedua difaraqkan sementara.

Advertisements

“Mereka tidak dibenarkan tinggal bersama sebagai suami isteri sehingga kes kami selesai dibicarakan,” katanya.

Terdahulu, Rahaman hadir di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, Kelantan, untuk prosiding keputusan lafaz cerai talak tiga yang difailkan isterinya.

Hakim, Ahmad Hariri Mohd Saat, kemudiannya memberikan tempoh 14 hari kepada Rahaman untuk membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan isterinya.

Rahaman yang diwakili peguam, Marzuqi Muhamad, menegaskan dia tidak pernah membuat lafaz cerai terhadap isterinya sebagaimana yang didakwa dan sehingga kini mereka masih suami isteri.

“Saya sangat kecewa dengan tindakan isteri. Empat tahun kami berkahwin, baru beberapa bulan saya mendapat sijil nikah, namun akhirnya saya ‘dimadukan’.

“Saya percaya pejabat agama mengeluarkan kebenaran berkahwin terhadap isteri saya dengan suami keduanya ketika perkahwinan kami di luar negara dalam proses pengesahan di sini,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan