26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 2, 2023

Cyber Eco Hunt 2023 didik kesedaran urus sisa

Mesti Baca

PENGANJURAN program Cyber Eco Hunt 2023 adalah bukti komitmen tinggi dalam mendidik masyarakat mengurus sisa dengan lebih bertanggungjawab.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), Datuk Mohd Zain Hassan berkata, acara tahunan itu adalah sebahagian daripada komitmen Alam Flora dalam mempromosikan amalan pengurusan sisa bertanggungjawab dan menanam budaya kelestarian dalam kalangan masyarakat.

“Maklumat mengenai kebersihan dan penjagaan alam sekitar melalui media sosial memainkan peranan penting dalam memastikan masyarakat menerima maklumat yang cepat dan tepat untuk aktiviti harian mereka.

“Dalam usaha itu, pengaruh rangkaian komuniti sosial seperti Key Opinion Leaders (KOLs), pempengaruh dan blogger digunakan untuk mengetengahkan isu-isu kelestarian alam sekitar.

“Seramai 27 peserta termasuk 26 KOLs, pempengaruh, penulis blog dan seorang selebriti terkenal iaitu Mohamad Noor Ikhram Juhairi, terbabit dalam program ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Program Cyber Eco Hunt 2023 adalah sebuah platform dinamik untuk memupuk komitmen kolektif di kalangan masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian ke arah bandar yang lestari.

“Pendekatan inovatif acara ini dalam menangani masalah kebersihan di sesebuah kawasan serta mempromosikan amalan asas pengurusan sisa diyakini akan memberi sumbangan besar kepada masa depan lebih hijau dan bersih.

“Program kesedaran dan pendidikan mengenai pentingnya amalan yang sederhana namun berkesan yang dapat membentuk masa depan bandar kita, di mana melalui program seperti ini, peserta-peserta akan diberikan tugasan yang menyentuh aspek-aspek penting dalam pengurusan sisa bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berharap kesemua peserta yang terbabit mempunyai pemahaman baharu dan mendalam mengenai aspek penting dalam pengurusan sisa yang bertanggungjawab.

“Peserta juga memainkan peranan utama dalam membuka mata dan meningkatkan kesedaran netizen, untuk menyebarkan mesej dalam dunia siber demi kelestarian alam sekitar dan masa depan anak cucu kita,” katanya lagi. -Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Siapa pilihan hati pengundi Kemaman esok?

TIRAI kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman akan melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini. Esok bakal menentukan siapa...

Lagi Artikel Berkaitan