24 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Alam Flora jimat kos rawat sisa pepejal bersistematik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ALAM Flora Environmental Solutions (AFES) telah menyediakan pelan jangka masa panjang bagi menjadikan Stesen Pemindahan Kuala Lumpur (KLTS) sebagai pusat rawatan awalan sisa pepejal paling sistematik di ibu negara.

Ketua Pegawai Operasi AFES, Nazar Abdul Raof berkata, rawatan bermaksud KLTS yang sekarang ini berfungsi sebagai pusat transit sisa pepejal yang akan memproses sisa yang masuk dan hanya sisa tidak dapat digunakan akan dihantar ke tapak pelupusan.

“Ini akan dapat memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan selain dapat menjimatkan kos yang terpaksa ditanggung kerajaan.

“Seramai 153 kakitangan berkemahiran serta pelbagai aset seperti 40 unit ‘prime mover’, 64 unit kontena, empat unit mesin pemampat serta air larut resap pre-treament memastikan operasi KLTS berjalan dengan lancar,” katanya lapor Kosmo!

Tambah beliau, dengan kakitangan yang berkemahiran, KLTS dapat diuruskan dengan baik dan operasi berjalan dengan lancar.

Untuk rekod katanya, AFES ditubuhkan untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelbagai syarikat swasta dan agensi-agensi serta institusi kerajaan ke arah pembangunan kelestarian alam sekitar.

“Selain memiliki kepakaran dalam menyediakan perkhidmatan alam sekitar yang komprehensif untuk peningkatan kualiti hidup, AFES juga sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan alam sekitar yang berkualiti tinggi di mana kepuasan pelanggan-pelanggan adalah keutamaannya.

Mengulas lanjut, Nazar berkata, ciri-ciri unik yang ada pada KLTS kendalian AFES yang menjadikannya stesen transit terbaik di negara adalah penggunaan teknologi Horizontal Compaction System.

Menurut beliau, sistem itu mampu menyimpan sisa untuk sementara waktu sebelum ia dipindahkan ke dalam kontena untuk proses pelupusan.

Baca juga:   Bawa isu Proklamasi Darurat ke mahkamah cabar kuasa, menderhakai Agong
Baca juga:   5 hari angka pemberian vaksin lepasi 500,000

Malah, kata beliau, sistem yang diguna pakai itu telah terbukti mampu menguruskan jumlah kapasiti sisa yang besar dengan cepat, mudah dan efisien.

Jelas beliau, jurutera dan kakitangan teknikal juga memainkan peranan penting agar mesin dapat berjalan dengan lancar dan sisa pepejal tidak ada yang tertinggal.

“Mesin yang digunakan di KLTS dapat bertahan dengan lebih lama. Loji rawatan air larut resap di KLTS juga adalah yang terbaik dan menepati piawaian Jabatan Alam Sekitar,” katanya.

Justeru, katanya, beliau yakin KLTS mampu menjadikan Kuala Lumpur sebagai kota raya yang lestari di mana dengan adanya KLTS, kecekapan pengurusan sisa pepejal menjadi lebih efisien dan sistematik.

Tambah beliau, KLTS dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2) sebanyak lebih 41 juta kg CO2 setahun bersamaan dengan 1 juta pokok yang perlu ditanam bagi menyerap CO2 yang dikeluarkan.

“Ini adalah salah satu cara bagi merealisasikan matlamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menjadikan ibu negara sebagai bandar raya rendah karbon dan berdaya tahan menjelang 2050,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Pengerusi Rakan Alam Malaysia, Zikrullah Ismail mengakui, pusat pemindahan sisa pepejal yang diuruskan dengan sempurna dan efisien adalah penting untuk mengelakkan bencana berlaku di tapak pelupusan sampah.

“Kita tidak mahu bencana seperti kebakaran di tapak pelupusan Pulau Burung berulang. Kebakaran telah menyebabkan penduduk berhampiran terpaksa dipindahkan.

Baca juga:   5 hari angka pemberian vaksin lepasi 500,000
Baca juga:   Edah: Mufti Perlis sahkan Zahida ada hubungi beliau

“Pusat pemindahan sisa pepejal yang efisien dapat mengelak lambakan di tapak pelupusan sampah sekali gus mengelakkan bencana daripada berlaku,” katanya.

Zikrullah berkata, kewujudan pusat pemindahan sisa pepejal adalah seiring dengan usaha kesedaran kitar semula di negara ini.

Menurut beliau, pusat pemindahan sisa pepejal yang berfungsi dengan baik membolehkan sisa pepejal diuruskan secara fokus sebelum di hantar ke tapak pelupusan sampah.

Wartawan

Terkini

Ahmad Maslan, Steven Sim antara 27 dilantik Timbalan Menteri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen...

Lagi Artikel Berkaitan