26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Akta Semakan Hukuman Mati berkuat kuasa esok – Azalina

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan menguatkuasakan Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 [Akta 8471] bermula esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Jemaah Menteri pada 30 Ogos lalu telah bersetuju dengan mekanisme pengendalian prosiding mahkamah berhubung dengan semakan yang telah dicadangkan.

Katanya, ia hasil daripada sesi libat urus dengan pihak berkepentingan termasuk Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPM), Jabatan Penjara, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Majlis Peguam, Sabah Law Society (SLS) dan Advocates Association of Sarawak (AAS) bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM).

“Pelaksanaan mekanisme pengendalian prosiding mahkamah ini akan membolehkan kesemua 1,020 banduan yang telah dikenakan hukuman mati mandatori dan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat, memfailkan permohonan di mahkamah untuk membuat semakan kepada hukuman masing-masing.

“Keutamaan kepada pelaksanaan mekanisme ini merangkumi faktor-faktor seperti umur banduan, tahap kesihatan dan tempoh pemenjaraan banduan serta pertimbangan-pertimbangan lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Azalina berkata, Kerajaan Perpaduan melalui mekanisme yang dipersetujui telah bersetuju supaya banduan yang dikenakan hukuman mati dan tidak berkemampuan untuk melantik peguam bagi mewakili mereka dalam proses semakan hukuman boleh mendapatkan khidmat guaman melalui peguam yang dilantik mahkamah.

Manakala katanya, bagi banduan yang dikenakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat, mereka boleh mendapatkan khidmat guaman daripada YBGK.

“Kedua-dua perkhidmatan bantuan guaman yang ditawarkan ini mencerminkan keutamaan dan pendirian kerajaan dalam memastikan keadilan diberikan kepada semua rakyat.

“Penguatkuasaan Akta 847 melalui mekanisme yang telah dipersetujui Jemaah Menteri turut mencerminkan komitmen tinggi kerajaan dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia sejagat.

“Hal ini membuktikan bahawa prinsip restorative justice dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia adalah sentiasa terpelihara,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan