30.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 16, 2024

Akta Audit 1957 dipinda tambah kuasa Jabatan Audit Negara

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

AKTA Audit 1957 akan dipinda bagi mewujudkan kuasa baharu dan peluasan tugas Jabatan Audit Negara (JAN), kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, pindaan itu juga akan memberi penambahbaikan aspek perjalanan kuasa dan pelaksanaan mandat Ketua Audit Negara.

Beliau berkata, ini merupakan pindaan pertama yang dilakukan terhadap akta tersebut dalam tempoh 33 tahun.

“Tujuan pindaan akta ini adalah untuk memperbaiki dan memperkukuh tatakelola dan tadbir urus pentadbiran negara terutama dalam aspek pengurusan kewangan negara yang meliputi skop pengukuhan akta melalui peruntukan baharu selaras dengan keperluan dan kehendak semasa; dan peluasan bidang tugas Ketua Audit negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azalina berkata, pindaan itu pastinya akan memberi impak positif terhadap pengukuhan peranan JAN melalui skop pengauditan yang lebih komprehensif.

Advertisements

Selain itu, katanya, ia bagi memastikan syor-syor audit diberi perhatian serius dan diambil tindakan sewajarnya.

Beliau berkata, ini bagi memberi JAN mempunyai peranan yang lebih signifikan dalam memastikan wujudnya mekanisme semak dan imbang terkait pengurusan wang awam negara.

“Inisiatif Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024 ini adalah bukti jelas komitmen utuh Kerajaan Madani ke arah menambah baik tatakelola negara dan akauntabiliti sektor awam serta selaras dengan perkembangan semasa dan mematuhi piawaian antarabangsa,” katanya.

Selaras dengan itu, Azalina berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang telah menyediakan soalan lazim berhubung pindaan tersebut bagi manfaat dan makluman orang ramai. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Penjawat awam ditahan buat buat komen jelik 3R di Tiktok

SEORANG penjawat awam ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung komen jelik melibatkan 3R (agama, bangsa dan raja) yang...

Lagi Artikel Berkaitan