33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Malaysia sasar kedudukan Ke-25 teratas HDI – Anwar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA meletak sasaran untuk mencapai kedudukan ke-25 teratas dalam Indeks Pembangunan Manusia (HDI) bagi tempoh 10 tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia ketika ini berada di tangga ke-62 HDI daripada keseluruhan 191 negara.

“Nikmat kemajuan ekonomi yang dikecapi kini turut dapat dirasai oleh rakyat seperti yang terpapar pada petunjuk peringkat global dan domestik.

“Malaysia berhasil mencatat pencapaian yang memberangsangkan dalam pembangunan manusia berdasarkan HDI 2021 di tangga ke-62 daripada 191 negara.

Advertisements

“Kita menyasarkan kedudukan ke-25 teratas buat Malaysia dalam masa 10 tahun,” katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pada peringkat domestik Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia yang mengukur tahap kesejahteraan ekonomi dan sosial rakyat telah meningkat sebanyak 1.3 peratus setahun.

“Pendapatan rakyat juga telah bertambah baik. Pendapatan purata bulanan isi rumah meningkat kepada RM8,479 pada 2022 berbanding RM7,901 pada 2019.

“Malaysia menjadi rumah kepada beberapa syarikat perkhidmatan global ternama, antaranya Endava PLC dari United Kingdom, Cognizant Technology Solutions US Corp dari Amerika Syarikat, Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. dari China, Ansell Global Trading Center (Malaysia) Sdn. Bhd. dari Australia dan Siemens Energy Sdn. Bhd. dari Jerman, dan dijangka lebih banyak syarikat perkhidmatan global akan menyatakan minat untuk beroperasi di sini pada masa hadapan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan