31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Sambutan Hari Sabah julung kali disambut 31 Ogos ini

Mesti Baca

BUAT julung kalinya, Hari Sabah akan disambut pada 31 Ogos ini sebagai tanda hari kemerdekaan negeri itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet negeri minggu lalu.

Katanya, daerah Tambunan dipilih sebagai lokasi sambutan sulung itu dan akan digilirkan di setiap daerah seterusnya selepas ini.

“Kerajaan Negeri turut memutuskan sambutan yang menandakan sejarah penting Sabah itu diadakan pada setiap tahun dengan menggilirkan lokasi sambutan di setiap daerah.

“Marilah kita memperingati hari yang menandakan berakhirnya pemerintahan British di Sabah dan bermulanya perjalanan kita bersama untuk berpemerintahan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Daerah Tambunan terletak di bahagian pedalaman Sabah, kira-kira 75km ke tenggara Kota Kinabalu.

Advertisements

Berdasarkan laporan sejarah, Sabah diberi kebebasan oleh British untuk berpemerintahan sendiri pada 31 Ogos 1963.

Tarikh berkenaan serentak dengan ulang tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang keenam, selepas merdeka daripada British pada 31 Ogos 1957.

Selepas itu, Sabah kemudian sama-sama membentuk persekutuan Malaysia dengan Tanah Melayu, Singapura dan Sarawak pada 16 September 1963.

Hajiji berkata, sambutan di Tambunan bermula pada jam 3 petang selepas sambutan Hari Kebangsaan di Kota Kinabalu.

Sebelum ini, Sarawak turut mengisytiharkan hari kemerdekaannya pada setiap 22 Julai. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Fahmi kecam Meta turunkan bahan Anwar jumpa pemimpin Hamas

KERAJAAN Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Meta menurunkan bahan yang dimuat naik oleh media tertentu ke media sosial berhubung pertemuan...

Lagi Artikel Berkaitan