32.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 18, 2024

Larangan terbangkan dron ketika persiapan, sambutan Hari Kebangsaan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai diingatkan supaya tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai ketika persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkata, larangan tersebut berkuat kuasa bermula semalam sehingga 31 Ogos ini.

“Larangan ini bagi memastikan sambutan Hari Merdeka dapat diraikan dengan selamat dan mengelak kejadian tidak diingini membabitkan aspek keselamatan orang awam. 

“Ia juga bagi mengelak berlakunya risiko kemalangan terhadap pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menjalankan latihan penerbangan formasi rendah di kawasan tumpuan sepanjang tarikh tersebut,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 akan diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos ini dengan mensasarkan kehadiran seramai 100,000 pengunjung.

Advertisements

Bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan, sebanyak 10 komponen kontinjen akan menyertai acara perbarisan dan perarakan.

Ia termasuk Kenegaraan, Perpaduan Malaysia Madani, Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif, Komuniti, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara.

Sementara itu, CAAM mengingatkan sebarang tindakan yang melanggar arahan boleh membahayakan orang ramai dan terikat dengan undang-undang.

“CAAM ingin mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Civil Aviation Directives (CADs),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Chery buka kilang pemasangan pertama di Shah Alam

PENGELUAR kenderaan dari China, Chery telah memenuhi komitmennya untuk melabur RM1 bilion di negara ini apabila membuka kilang pemasangan...

Lagi Artikel Berkaitan