31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Rumah berbumbung merah masih utuh

Mesti Baca

KEJADIAN sebuah rumah yang tidak terjejas walaupun kawasan kejiranan di sekelilingnya musnah akibat kebakaran menimbulkan persoalan warganet apabila gambar itu tular.

Kebakaran yang berlaku di Maui dekat Hawaii, Amerika Syarikat (AS) itu memperlihatkan sebuah rumah berbumbung merah terselamat dalam kejadian.

Menurut laporan BBC, rumah kayu berusia 100 tahun di Front Street itu masih utuh berdiri biarpun bandar Lahaina musnah, hingga pemiliknya sendiri hairan bagaimana ia boleh berlaku.

Difahamkan, pemilik rumah berbumbung merah itu dalam perjalanan ke Massachusetts ketika mendapat tahu berita kebakaran itu.

Lelaki dikenali sebagai Milikan dan isterinya itu juga tidak menyangka keseluruhan kawasan kejiranan musnah dalam kebakaran.

Menimbulkan keajaiban, rakaman udara keesokan hari menunjukkan rumah mereka masih utuh.

Pasangan itu membeli kediaman berusia 100 tahun itu yang pernah menjadi penempatan kakitangan sebuah ladang gula.

Advertisements

Menurut mereka, rumah itu rosak dan mereka berusaha untuk membaik pulihnya.

Mereka memberitahu media tempatan bahawa pengubahsuaian dilakukan untuk menyelamatkan rumah berkenaan.

Antara inisiatif dilakukan adalah menukar bumbung asfalt dengan bahan diperbuat daripada sejenis logam, meletakkan batu sungai di sekeliling rumah dan membuang tumbuhan di sekitar kediaman itu.

Bagaimanapun, tiada satu pun daripada tindakan itu bertujuan untuk menghalang kebakaran.

Dalam kejadian itu, kira-kira 850 individu masih hilang.

Kebakaran itu memusnahkan sebahagian besar bandar Maui yang bersejarah iaitu Lahaina dan dianggap sebagai bencana alam terburuk dalam sejarah Hawaii. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan