26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Pulau Pinang tidak cuti jika PH-BN menang – Kon Yeow

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengulangi pendirian bahawa tiada sebarang cuti peristiwa bagi negeri itu jika Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan.

Bercakap kepada media selepas melawat beberapa pusat mengundi, Kon Yeow berkata, ini kerana tiada keperluan berbuat demikian memandangkan Sabtu memang cuti umum di negeri tersebut.

“Saya tidak bercadang untuk memberi cuti khas sekiranya gabungan PH-BN menang di Pulau Pinang.

Chow Kon Yeow berbaris untuk menunggu giliran bagi membuang undi di SJKC Hu Yew Seah, George Town, hari ini. – Edisi9/Chow Kon Yeow

“Walaupun kita yakin akan memenangi 30 daripada 40 kerusi pada kali ini untuk membentuk kerajaan, pemberian cuti tidak akan diberikan,” katanya hari ini.

Advertisements

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, sebanyak 40 kerusi DUN yang menjadi rebutan parti politik termasuk beberapa kerusi panas seperti di Bertam dan juga Bayan Lepas.

Chow Kon Yeow bergambar bersama pengamal media selepas membuang undi, hari ini. – Edisi9/Chow Kon Yeow

Sementara itu, Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berharap agar proses pilihan raya kali berkalan dengan lancar dan tenang sehingga akhirnya.

“Saya berharap hari pengundian ini dapat disempurnakan dengan jayanya, harap (pengundian di) pusat-pusat mengundi berjalan lancar, semua petugas (SPR) melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi memudahkan pengundi-pengundi menunaikan kewajipan sebagai warganegara.

“Maka, kita akan menunggu keputusan yang mana pada hari ini rakyat menentukan masa depan kita,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan