26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tun Dr Mahathir yakin PN menang PRN kali ini

Mesti Baca

PERIKATAN Nasional (PN) mampu mengekalkan kerajaan negeri di Kedah, Kelantan dan Terengganu, selain masih berpeluang menang di Selangor dan Negeri Sembilan.

Itu kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang yakin PN mampu menang pada PRN kali ini.

Katanya, sekiranya Pakatan Harapan (PH) kalah di banyak kerusi di enam negeri yang mengadakan PRN, ia boleh dianggap sebagai penolakan rakyat kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Advertisements

“Saya fikir ada peluang di Kelantan dan Terengganu dapat kepada PN, tapi di Selangor dan Negeri Sembilan masih ada peluang, cuma Pulau Pinang agak sukar tak banyak kawasan PN boleh menang.

“Tak tahu boleh ubah kerajaan Pusat tapi ia menghantar satu mesej kepada kerajaan Pusat iaitu pendirian rakyat, jadi kita tengok kalau PH kalah dia patut ambil berat tentang penolakan kerajaan PH ini oleh rakyat.

“Kalau di peringkat negeri berlaku penolakan, ada kemungkinan peringkat Pusat berlaku. Tapi kita harus ingat dulu UMNO menang di Melaka dan Johor, tapi kalah teruk di seluruh negara, jadi tak boleh ambil itu sebagai petanda yang tepat,” katanya ketika ditemui media selepas selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit, hari ini . – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan