Tuesday, July 21, 2026

PRN: Lebih 40 peratus keluar mengundi di Terengganu, Kedah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERATUSAN bilangan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu dan Kedah telah melebihi 40 peratus sehingga pukul 12 tengah hari tadi. 

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, sebanyak 41 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Bagi PRN di Terengganu pula merekodkan jumlah 42 peratus yang merupakan peratusan tertinggi antara enam negeri yang terlibat.

Pulau Pinang pula mencatatkan jumlah sebanyak 38 peratus, disusuli Selangor (36 peratus), Negeri Sembilan (35 peratus) dan Kelantan (34 peratus).

Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, peratusan keluar mengundi dicatatkan sebanyak 39 peratus.

Sebanyak 3,190 pusat pengundian dengan 17,048 saluran dibuka sempena PRN di enam negeri yang bermula pada pukul 8 pagi tadi.

Bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu pula, sebanyak 41 pusat mengundi membabitkan 217 saluran sempena turut dibuka.

PRN kali ini melibatkan enam negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Bagi pecahan kerusi DUN pula, Selangor mempunyai kerusi tertinggi dengan 56, diikuti Kelantan (45), Negeri Sembilan (36), Kedah (36) dan Terengganu (32). – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan