26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

PN perlu jadi gabungan parti politik lebih besar

Rakyat kekal mendokong Muafakat, menolak Kleptokrat, Kakistokrat dan tidak terpedaya dengan retorik pemimpin dan ugutan kerajaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) perlu dipersiapkan untuk menjadi satu gabungan parti politik yang lebih besar, lebih inklusif dan sesuai untuk Semenanjung Tanah Melayu, Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak.

Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa berkata, PN mesti membina sensitiviti kepada cita rasa “Bangsa Malaysia”

“Teras kepada falsafah politik PN mestilah roh dan semangat Perlembagaan dan Rukun Negara itu sendiri,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO sebelum ini dipecat daripada parti dan kemudiannya membuat keputusan menyertai parti Pas.

Beliau antara bekas pemimpin UMNO yang agresif berkempen bagi PN semasa PRN tempoh hari dalam usaha menumbangkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Annuar berkata, PN perlu persiapkan tawaran baharu untuk rakyat secara bersungguh-sungguh mencakupi bidang ekonomi rakyat, ekonomi negara, pendidikan, agama serta segala aspek keperluan kerohanian, sosial dan kesejahteraan rakyat.

Advertisements

“Teras kepada keutuhan politik negara pimpinan Perikatan Nasional mesti bermula dengan perpaduan dan penyatuan Melayu serta Bumiputera itu sendiri serta kerangka politik yang inklusif.

“Semangat Muafakat Nasional dan piagamnya perlu terus disuburkan dan kekal terbuka untuk semua. Insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata, keputusan pilihan raya di enam negeri lalu menunjukkan orang Melayu, bumiputera dan rakyat pelbagai kaum yang berfikiran sederhana kekal bersatu padu dan menunjukkan ketahanan politik yang memberangsangkan.

“Trend ini boleh dilihat sejak PRU-15 lagi, di mana manipulasi dan konspirasi pemimpin di atas tidak mengubah pendirian rakyat di bawah.

“Rakyat kekal mendokong muafakat, menolak kleptokrat, kakistokrat dan tidak terpedaya dengan retorik pemimpin dan ugutan kerajaan. Soal “integriti” yang sebenar kekal keutamaan di hati rakyat.

“Asas-asas ini akan terus dibawa ke hadapan dalam membina Malaysia masa hadapan,” ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan