26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

KPDN Selangor lupus barang rampasan cecah nilai RM1.7 juta

Mesti Baca

SEBANYAK RM1.7 juta nilai barang rampasan dilupuskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor yang diadakan di Stor Penyimpanan Ekshibit KPDN Selangor terletak di sekitar Shah Alam, Selangor.

Pengarahnya, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, tindakan pelupusan ke atas ekshibit itu dilakukan membabitkan kes-kes yang telah selesai melalui penyelesaian kes pendakwaan dan kompaun serta mendapat arahan pelupusan mulai Januari sehingga Ogos tahun 2023.

“Sejumlah 50 kes di dalam Pelupusan Ekshibit Perdana 2023 pada kali ini membabitkan perundangan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (18 kes), Akta Cap Dagangan 2019 (27 kes) Akta Hak Cipta 1987 (2 kes), Akta Perlindungan Pengguna 1999 (1 kes) dan Akta Perihal Dagangan 2011 (2 kes).

“Terdapat pelbagai jenis dan kumpulan barangan ekshibit dilupuskan di

antaranya ialah peralatan komputer, produk kecantikan, produk kesihatan, aksesori telefon, alat ganti kenderaan, pakaian dan instrumen yang digunakan semasa aktiviti penyelewengan bahan api (diesel) bersubsidi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, antara jenis kesalahan atau tindakan kes yang terbabit di bawah Pelupusan Ekshibit Perdana 2023 ini seperti penjualan barangan tiruan, penyelewengan barang kawalan bersubsidi, hakcipta, penandaan harga yang mengelirukan dan lain-lain kesalahan.

“Nilai keseluruhan Pelupusan Ekshibit Perdana 2023 adalah mencecah sejumlah RM1.7 juta dan tiga (3) kes yang menyumbang nilai rampasan tertinggi adalah tindakan kes di bawah Akta Cap Dagangan 2019 sejumlah RM666,799 diikuti Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan nilai RM605,665 dan Akta Hak Cipta 1987, RM287,000.

“Kesemua 50 kes yang terbabit dengan pelupusan ini telah selesai siasatan serta ditutup kes dan tujuh (7) daripadanya adalah kes dituduh dan telah dijatuh hukum oleh mahkamah serta mendapat kebenaran mahkamah untuk dilupuskan selaras dengan peruntukan perundangan,” katanya.

Katanya lagi, KPDN Selangor turut sama menjemput kehadiran wakil Bahagian Integriti bersama Seksyen Pengurusan Ekshibit Ibu Pejabat KPDN Putrajaya serta wakil-wakil cap dagang daripada pelbagai cap dagang untuk bersamasama menyaksikan proses pelupusan ekshibit.

“Kehadiran daripada wakil-wakil cap dagang ini amat penting serta turut memberi isyarat tentang komitmen serta pengurusan ekshibit oleh KPDN Selangor adalah berlandaskan Standard Operating Procedure (SOP) KPDN dan mementingkan ketelusan,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan