27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Kerajaan perlu kaji pelaksanaan semula GST – DPMM

Mesti Baca

KERAJAAN digesa untuk mengkaji pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan pada 2018.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, GST adalah sistem cukai paling cekap di dunia, dengan lebih 172 daripada 193 negara atau kira-kira 90 peratus yang melaksanakannya.

“Ramai orang dan usahawan tidak suka GST tetapi ia adalah regim cukai paling efisien di dunia, banyak negara sudah buat tetapi Malaysia antara negara yang tidak melakukannya.

“Dari satu perkara ke satu perkara, cukai akan dikenakan. Apa yang saya difahamkan, apabila GST tiada, pendapatan negara berbilion ringgit perlu ditanggung semula ekoran kehilangan pendapatan kerana pemansuhan GST.

“Oleh itu, kita minta kerajaan lihat semula pelaksanaan GST ini,” katanya.

Sistem GST diperkenalkan pada 2015 dengan kadar enam peratus bagi menggantikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Pemansuhannya termasuk dalam manifesto PH pada PRU14, kemudian ia dimansuhkan oleh kerajaan gabungan itu di bawah pemerintahan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang mengembalikan semula SST, dengan kadar sepuluh peratus untuk barangan dan enam peratus untuk perkhidmatan.

Advertisements

Pada 2017, iaitu tahun akhir pelaksanaannya, GST membawa hasil kutipan cukai sebanyak RM44 bilion.

Di tahun 2019 pula, iaitu tahun pertama pelaksanaan semula SST, kerajaan mengutip RM26.8 bilion hasil cukai.

Sebelum ini sudah ada gesaan supaya kerajaan melaksanakan semula GST namun pada Mac lalu, kerajaan berkata ia tidak akan berlaku pada tahun ini walaupun tidak menutup terus pelaksanaan semulanya.

Norsyahrin berkata, jika GST tidak diperkenalkan semula negara hanya akan bergantung kepada percukaian individu dan syarikat.

“Ini adalah antara perkara yang perlu dilihat oleh kerajaan. Siapa yang pakai lebih sudah tentu dia akan bayar lebih GST.

“Manakala siapa yang kurang berbelanja akan kuranglah dikenakan GST,” katanya lagi.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan