27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

DBKL angkut 15 motor, tunda 24 kereta buat halangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengangkut 15 motosikal dan menunda 24 kereta kerana didapati membuat halangan lalulintas.

Tindakan Khas Angkut, Tunda dan Kompaun Kesalahan Lalulintas menerusi Pegawai Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan itu dijalankan di Jalan Ampang dan Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, malam kelmarin.

DBKL menerusi kenyataan berkata, dalam operasi tersebut, pihaknya telah mengeluarkan 67 notis kompaun.

“Sebanyak 24 kereta telah ditunda dan 15 tindakan angkut motosikal telah diambil terhadap pemilik, pemandu kenderaan yang membuat kesalahan halangan lalulintas termasuk meletak kenderaan di laluan awam dan tempat yang tidak dibenarkan menerusi Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987, “katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

DBKL berkata, operasi dijalankan berikutan pihaknya menerima aduan awam di mana terdapat peletakan kenderaan secara menghalang kelancaran lalulintas dan halangan laluan pejalan kaki serta laluan orang kelainan upaya (OKU).

“Kenderaan yang ditunda dan diangkut dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk penyimpanan sementara dan proses dokumentasi dan tuntutan,”katanya.

Dalam pada itu, DBKL berkata, pengguna jalan raya dan pemilik premis diingatkan agar mematuhi peraturan dan isyarat lalulintas yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

“Pengguna juga perlu memastikan kenderaan (motosikal atau kereta) diletakkan di tempat sepatutnya tanpa menghalang dan menggangu pejalan kaki atau kelancaran lalulintas,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan