28 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Menanti zuriat, wanita guna sperma beku mendiang suami

Mesti Baca

SEORANG wanita meneruskan impiannya memiliki zuriat sendiri dengan menggunakan sperma beku suaminya yang sudah meninggal dunia.

Luke Barnes, 34, disahkan menghidap masalah otot jantung (Cardiomyopathy) dan dalam senarai menunggu pemindahan organ, namun meninggal dunia pada 17 Mac lalu.

Menyedari suaminya itu tidak punya banyak masa, Isobel memanfaatkan peluang bersama termasuk mengembara di Bali dan Australia selama dua bulan selain merancang memiliki anak sendiri.

“Saya tahu masanya tidak lama, jadi saya memikirkan hadiah lebih berharga dapat ditinggalkan suami untuk kenangan saya jadi kami memikirkan soal anak.

“Saya juga menjual rumah kami untuk memenuhi impian suami yang suka mengembara.

“Pada 17 Mac lalu, dia meninggal dunia selepas mengalami pendarahan teruk dan kegagalan organ,” katanya.

Isobel berkata, selepas kematian suaminya dia berhasrat meneruskan rancangan mereka memiliki zuriat dengan menggunakan sperma beku lelaki itu menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

“Saya akan mula menjalani rawatan itu dalam tempoh 12 bulan akan datang, malah saya sudah beli kelengkapan bayi termasuk jersi bola sepak untuk dipadankan dengan baju mendiang suami saya.

Advertisements

“Saya tidak sabar melahirkan anak ini yang akan menjadi hadiah sangat berharga walaupun saya terpaksa terima hakikat suami tiada di sisi untuk melalui setiap detik diimpikan pasangan suami isteri,” katanya.

Katanya, sehingga kini dia masih bergelut menerima pemergian suami.

“Semuanya mengingatkan saya tentang dia. Saya perlu bina semula kehidupan saya sendiri.

“Mungkin kehadiran anak kami nanti akan menceriakan semula hidup saya,” katanya.

Dia berkongsi kisahnya bagi memberikan semangat kepada golongan senasib dan memberi kesedaran tentang kepentingan pendermaan organ.

“Sudah tentu satu-satunya perkara yang saya mahu lakukan sepanjang hayat adalah membanggakan suami.

“Melalui perkongsian kisah saya di media sosial, ramai orang kini mula sedar dan mahu menderma darah atau organ mereka suatu hari nanti,” katanya. Agensi

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan