29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Bahaya ekstremisme dalam negara majmuk

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

EKSTREMISME dalam hal apa pun sangat berbahaya, apalagi dalam amalan agama. Allah berfirman dalam Surah ‘Aali-Imran, ayat ke-110 yang bermaksud:

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

“Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.”

Umat wasatha atau “umat tengah” merujuk kepada pendekatan yang seimbang dan moderat dalam agama dan kehidupan.

Konsep ini menekankan keseimbangan antara kepatuhan kepada prinsip-prinsip agama dengan keperluan dan realiti kehidupan sehari-hari.

Umat wasatia menghindari ekstremisme dan fanatisme, serta mengamalkan pemahaman yang toleran, adil, dan inklusif dalam hubungan dengan orang lain.

Konsep ini ditemui dalam beberapa agama dan mendorong umat untuk menjalani kehidupan dalam keseimbangan dan harmoni.

Ekstremisme membawa risiko serius kepada masyarakat dan negara. Ia boleh mengakibatkan konflik, keganasan, ketidakstabilan sosial, dan bahkan ancaman kepada keselamatan.

Advertisements

Ekstremisme juga boleh merosakkan hubungan antara pelbagai kumpulan masyarakat serta menghalang perkembangan harmoni dan kemajuan.

Oleh itu, penting untuk mengatasi dan mencegah ekstremisme melalui pendidikan, dialog, kesedaran, dan usaha bersama dalam mempromosikan pemahaman yang inklusif dan toleransi.

Menurut catatan Abdul Halim Abdullah, kejatuhan Disnasti Umayyah adalah akibat daripada ekstremisme kerana mengutamakan bangsa Arab dan mengenepikan bangsa bukan Arab.

Di India kini dikuasai oleh ekstremis Parti Hindu pimpinan Modi telah melakukan diskriminasi yang dahsyat terhadap umat Islam.

Contoh yang sangat dekat dengan umat Islam Palestin ialah ekstremisme Yahudi terhadap mereka. Apa hak mereka merampas tanah Palestin untuk dijadikan negara mereka?

Semoga kita tidak menjadi masyarakat yang ekstremis dan akhirnya memporakporandakan masyarakat umum. Amin!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-66. Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan!


Penulis adalah mantan pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan