27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Zahid ingatkan DAP untuk berkongsi kek dengan BN

Mesti Baca

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pimpinan DAP Pulau Pinang untuk berkongsi ‘kek’ sekiranya parti gabungan Kerajaan Perpaduan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Zahid yang menggelarkan dirinya sebagai ‘abang’ kepada DAP berkata, beliau akan menyerahkan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO untuk berkhidmat bersama parti itu.

“PM (Perdana Menteri) sudah sahkan Chow (Kon Yeow) akan menjadi Ketua Menteri semula jika kita menang.

“Chow, ingat saya abang awak. Saya akan hantar ADUN-ADUN saya kepada awak. Tetapi ingat, jangan lupa kita juga kena berkongsi kek,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah Madani Peringkat Negeri Pulau Pinang di Seberang Jaya, malam tadi.

Hadir sama Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Ahmad Zahid Hamidi berucap di hadapan ribuan penyokong BN dan PN di Seberang Jaya, Pulau Pinang. – Foto: FB Anwar Ibrahim

Zahid berkata, beliau telah bertemu dengan jentera UMNO dan BN Pulau Pinang dan mereka berjanji untuk membantu calon-calon PH yang bertanding di negeri itu.

Beliau menjelaskan, BN akan terus mendukung Pulau Pinang bukan kerana mahu mengejar jawatan tetapi apa yang lebih penting kerana yakin dengan keikhlasan DAP.

Advertisements

“Orang UMNO dan BN perlu ketepikan titik-bengit yang ada, ketepikan permasalahan lalu, tutup buku lama buka buku baharu.

“Mereka rakan kita, kita rakan mereka. Dulu pun saya alergik tengok roket, dulu… dulu lawan tetapi kini kawan. Buat apa kita terus berlawan, kita perkukuh Kerajaan Perpaduan,” katanya di hadapan ribuan penyokong BN dan PH.

Ahmad Zahid Hamidi bersama jentera BN Pulau Pinang.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, selama 15 tahun BN tidak mentadbir Pulau Pinang, negeri itu telah berkembang maju dalam perindustrian dan teknologi tinggi.

Namun, katanya, asas kemajuan negeri itu datangnya daripada BN suatu ketika dahulu yang kini diteruskan oleh pentadbiran hari ini.

Beliau turut melahirkan komitmen BN untuk membantu menarik pelabur untuk terus datang ke Pulau Pinang menerusi kementerian-kementerian yang diduduki UMNO iaitu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementeria Luar Negeri.

“Walaupun saya menteri jaga kampung (Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah), saya akan mendukung Perdana Menteri, kita akan noktahkan kemiskinan tegar di Pulau Pinang ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan