32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

UPNP gagalkan aktiviti perlombongan secara haram di Sungai Ular

Kerajaan Negeri Pahang tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti penerokaan tanah secara haram

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Pahang menerusi pasukan elit Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) telah berjaya menggagalkan aktiviti perlombongan bauksit secara haram di sekitar kawasan Sungai Ular, Kuantan, dalam serbuan yang dijalankan petang semalam.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pada hari kejadian, tiga orang anggota pasukan elit UPNP telah melakukan penugasan rondaan harian bagi aktiviti pemantauan pasir silika di sekitar Sungai Baging dan Sungai Ular sekitar jam 6.00 petang.

“Ketika rondaan sekitar jam 6.20 petang, anggota pasukan elit UPNP telah menerbangkan dron dan melihat aktiviti melombong bahan mineral (Bauksit) di sekitar Sungai Ular – Malaysia-China Kuantan Industrial Park.

“Mereka kemudiannya telah pergi ke lokasi kejadian dan meminta pemandu lori mengemukakan sebarang dokumen namun gagal.

“Anggota elit UPNP kemudiannya telah menahan dan menyita empat buah lori dumper dan dua buah jengkaut di bawah seksyen 137 (1) Enakmen Mineral Negeri 2001.

Advertisements

“Suspek disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri 2001 iaitu penalti kerana melombong tanpa lesen atau pajakan yang sah,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dengan kejayaan tersebut, Wan Rosdy turut menegaskan Kerajaan Negeri Pahang tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti penerokaan tanah secara haram.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada UPNP kerana telah berjaya menggagalkan aktiviti perlombongan haram ini.

“Saya juga menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pahang tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti penerokaan tanah secara haram di seluruh negeri ini dan usaha-usaha membanteras aktiviti sebegini akan sentiasa diteruskan setiap masa,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan