25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Sikamat dibangun lebih pesat elak anak muda berhijrah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SIKAMAT mampu menjadi kawasan yang boleh dibangunkan lebih pesat lagi bagi memastikan anak-anak muda dapat menghuni di kawasan ini tanpa perlu berhijrah ke ibu kota.

Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata, itu yang menjadi harapan untuk dirinya sekira diberi peluang lagi untuk mentadbir negeri dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Kata Menteri Besar Negeri Sembilan itu, untuk bersama dengan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri harus bergerak seiring bagi memastikan pembangunan negeri dan kawasan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan hebat di masa akan datang.

“Hasil negeri juga nanti akan semakin meningkat dengan pelbagai insentif bantuan yang bakal diberikan kepada rakyat. Anak dapat belajar di universiti dapat ditingkatkan, dapat bantuan sara hidup dan lain-lain.

Advertisements

“Anak-anak juga tidak perlu duduk di luar daripada kawasan ini seperti Shah Alam. Dalam tempoh lima tahun orang Negeri Sembilan akan balik dan duduk bersama dengan keluarga. Bangunkan negeri bersama-sama.

“Saya tengah fikirkan apa lagi yang dapat dilaksanakan. Allahamdulillah, rakyat di Sikamat juga dapat sama menikmati apa yang dilaksanakan,”katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Madani di Tapak Parkir Pusat Perniagaan Taman Megaway Sikamat, malam tadi.

Untuk itu, katanya, beliau akan pastikan DUN Sikamat akan terus berkembang.

“Yang ada sekarang sentiasa dijaga dan saya yakin kita tidak ada masalah hidup dalam kerukunan harmoni. Kebahagiaan ada di Sikamat ini. Semuanya saling hormat menghormati dan teruskan bagi sokongan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan