33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

4 individu terbangkan dron ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EMPAT individu yang merupakan juruterbang dron ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari penamaan calon, semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang memberitahu, semua juruterbang terbabit menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai.

Katanya, dron yang digunakan turut dirampas pihak berkuasa dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan.

“Salah satu daripada empat kes yang dilaporkan menyebabkan berlakunya insiden kemalangan membabitkan penggunaan dron pertanian yang jatuh dan mencederakan orang awam.

“Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Kes ini sedang disiasat oleh CAAM mengikut Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan PDRM mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

Advertisements

“Jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 325 Kanun Keseksaan,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan dengan itu, katanya, CAAM mengingatkan orang ramai bahawa pengendalian dron tanpa kelulusan adalah dilarang sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN).

Katanya, sebarang aktiviti dron tanpa kelulusan yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah satu pelanggaran kepada peraturan mengikut Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969, Peraturan 140-144 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Civil Aviation Directives (CAD) yang dikeluarkan oleh CAAM mengikut seksyen 24O Akta Penerbangan Awam 1969.

Tegasnya, jika disabitkan kesalahan merea yang terlibat boleh dikenakan denda atau hukuman penjara seperti yang ditetapkan di bawah peraturan yang berkaitan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan