Wednesday, July 22, 2026

Pengundi diingat PRN tidak jejas kerajaan Persekutuan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PILIHAN Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan adalah untuk memilih kerajaan yang akan mentadbir negeri, bukannya untuk menukar kerajaan di peringkat Persekutuan.

Sehubungan itu Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, semua ahli dan penyokong parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu turun ke bawah untuk memberi kefahaman kepada rakyat.

“Oleh itu kita perlu bekerja keras untuk memberi penerangan dan memahamkan rakyat di bawah.

“Saya amat berkeyakinan, kita mampu untuk mengambil kembali kerajaan Kedah demi kestabilan dan kemakmuran bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Malam tadi beliau hadir bersama Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam program Ceramah Perpaduan DUN N.23 Belantik, Kedah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi pilihan raya negeri (PRN) serentak di enam negeri pada Sabtu ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan