30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Ekonomi Madani mampu lonjak ekonomi negara – Fadillah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perladangan dan Komoditi (KPK) bersedia mengorak langkah melalui penjajaran program-program dan aktiviti bagi menyokong aspirasi Ekonomi Madani.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Ekonomi Madani mampu melonjakkan ekonomi serta menambah baik Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara.

Beliau berkata, dengan krisis makanan yang dihadapi dunia, adalah penting negara terus mengatur strategi supaya tidak bergantung kepada penghasilan komoditi diperingkat huluan tetapi mempelbagaikan produk hiliran bernilai tambah tinggi.

“Selaras dengan hasrat Perdana Menteri, KPK melalui Lembaga Minyak Sawit (MPOB) mempergiat penghasilan baka sawit hibrid yang dapat menghasilkan minyak lebih banyak dengan menggunakan keluasan tanah terhad.

“MPOB sebagai institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga akan terus memastikan produk sawit yang dihasilkan sentiasa berkualiti serta mampan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahi hari ini menyempurnakan Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat dengan menetapkan tujuh tanda aras sebagai sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai sebelum 10 tahun.

Fadillah berkata, sektor agrikomoditi akan terus diperkasa melalui pelbagai inisiatif yang akan diperkenalkan kementerian.

Ujar beliau, hasrat mencipta kekayaan baharu negara melalui aset sedia ada negara seperti biodiversiti dalam pasaran perdagangan karbon sektor agrikomoditi akan turut diberi perhatian.

“Usaha-usaha pemuliharaan dan penghutanan semula yang dilaksanakan adalah bukti bahawa Malaysia amat menitik beratkan pemuliharaan sumber hutan bagi mengekalkan kemampanan alam sekitar.

“Bahkan, KPK telah menggerakkan Program Penghijauan Malaysia yang merupakan agenda nasional bagi menghadapi cabaran perubahan iklim serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan