31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kelayakan Piala Dunia: Harimau Malaya raih undian mudah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-Gon mendapat laluan mudah dalam undian kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 yang berlangsung hari ini.

Pasukan kebangsaan yang kini berada di ranking ke-136 dunia diundi bersama Oman, Kyrgyztan dan pemenangan perlawanan play-off di antara Chinese Taipei atau Timor Leste.

Oman kini berada di ranking ke-73, Kyrgyztan pula berada di kedudukan ke-97 sekali gus membuatkan peluang terbuka buat Harimau Malaya untuk mara lebih jauh dalam Kumpulan D.

Pan-Gon berkata, secara umumnya kesemua pasukan dalam kumpulan adalah kuat namun gembira dengan keputusan undian yang tersebut.

“Kami tidak boleh katakan mudah tapi undian yang bagus berbanding kumpulan lain.

Advertisements

“Segalanya bergantung kepada kita sekarang untuk membuat persediaan serta memperkuatkan pasukan,” katanya kepada media hari ini.

Pusingan kelayakan ini akan diadakan secara secara timbal balik di mana dua pasukan teratas akan layak secara automatik ke Piala Asia 2027 dan layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2026.

Harimau Malaya akan membuka kempen kelayakan menentang Kyrgyztan di laman sendiri pada 16 November.

Perlawanan terakhir Malaysia adalah menentang Chinese Taipei/Timor-Leste di gelanggang sendiri pada 11 Jun tahun depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan